Kualiti emas mempunyai perbezaan warna,
dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas
biasa. warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi
merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan.
Emas 999 atau (24k) :
1. Emas gred tertinggi
2. Emas tulen yang tidak dicampur
dengan benda asing, iaitu kandungannya 999.9%
3. Sifatnya lembut( boleh direkabentuk
menjadi objek pejal spt barang kemas tetapi perlu menggunakan teknik yang betul
agar tidak mudah kemek)
4. Lebih berkilau, bersinar-sinar
dan lambat pudar.
5. Sesuai bagi pelaburan, terutama
dalam bentuk barang kemas, jongkong atau syiling emas.
6. Harga gadaian / Pajakan yang tinggi.
7. Tersedia dalam bentuk Bar,
jongkong atau syiling emas /dinar, ini agak menyukarkan sedikit pemiliknya
melakukan gadaian ketika memerlukan wang kerana kebanyakan arrahnu tidak
menerima emas dalam bentuk Bar, jongkong atau syiling emas /dinar; Jika
berhasrat mendapatkan wang dari pelaburan emas, dinasihatkan membeli emas 999 dalam
bentuk barangan kemas.
KARAT ialah ukuran lama ketulenan
emas. 24K (Karat) dikenali sebagai Emas Tulen. Nilai karat dan kandungan emas
ialah seperti berikut:
* 9k Yellow Gold - 37.5%
* 9k White Gold - 37.5%
* 9k Rose Gold - 37.5%
* 14k Yellow Gold - 58.5%
* 14k White Gold - 58.5%
* 18k Yellow Gold - 75%
* 18k White Gold - 75%
* 18k Rose Gold - 75%
* 22k Yellow Gold - 91.7%
* 22k Rose Gold - 91.7%
* 24k Gold - 100%

No comments:
Post a Comment